suria

[V] Keluarga belum buat keputusan teruskan bedah siasat, Nidza Afham anak bertanggungjawab - “Dia jaga ibu sehingga akhir hayat”

KEHILANGAN abang tercinta iaitu Allahyarham Nidza Afham meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi Aufahnie.

Apatah lagi pemergiaan Allahyarham tanpa diduga selepas jasadnya ditemukan tidak bernyawa di Sungai Klang selepas 12 jam dilaporkan hilang.

Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berkata, dia juga tidak dapat melelapkan mata selepas mendapat berita kehilangan Nidza.

nidzar 2

Kali terakhir arwah dilihat menerusi rakaman CCTV.

“Sejak semalam saya tak tidur. Makan pun tidak sebab asyik fikirkan keberadaan abang selepas dia hilang.

“Sudah habis air mata nak menangis sejak semalam lagi,” katanya kepada pemberita.

Aufa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam pada malam Rabu.

Jenazah yang dtemukan pada pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi dia laporkan hilang di bawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemukan di jambatan Sungai Klang sah Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki berjersi 56 ditemukan sekitar jambatan Sungai Klang.... Baju hampir sama dipakai Nidza Afham

Penemuan dan identiti Nidza turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Berkongsi mengenai keperibadian abangnya, Aufa menyifatkan arwah seorang anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Allahyarham juga tidak menunjukkan sebarang tanda atau perilaku pelik sebelum dilaporkan hilang.

“Selepas ibu bapa berpisah, abang tinggal dengan ibu dan dialah yang menjaga ibu sehingga akhir hayat. Dalam tujuh beradik dialah yang paling baik.

Kesian kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat.

AUFAHANIE

PENYANYI

“Tidak nampak sebarang tanda dia akan pergi buat selamanya.

“Keluarga akan berbincang sama ada untuk meneruskan bedah siasat sekiranya ada unsur jenayah. Kesian kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat,” ujarnya.

Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi berkenaan yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa untuk keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

nidzar 4

Mayat Nidza ditemui dipinggir sungai.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Sebelum ini, tersebar rakaman CCTV seorang lelaki memakai jersi 56 dipercayai Nidza berjalan sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain