suria

Mayat lelaki berjersi 56 ditemukan sekitar jambatan Sungai Klang…. Baju hampir sama dipakai Nidza Afham

Mayat ditemui dipinggir sungai.

SEORANG mayat lelaki dewasa dijumpai di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor pada petang Rabu.

Perkara tersebut disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Mayat yang masih belum disahkan identitinya ditemymukqn memakai pakaian jersey berwarna gelap bernombor 56.

Antara bukti terakhir kehilangan Nidzar.

Antara bukti terakhir kehilangan Nidza.

Berdasarkan pakaian, mayat tersebut dipercayai penyanyi Nidza Afham yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak malam Selasa memakai pakaian sama.

Dalam masa sama Ahmad Mukhlis memaklumkan bahawa perkara tersebut diserahkan kepada pihak polis.

“Serahkan segalanya kepada pihak polis,” kata Ahmad Mukhlis ringkas ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tiada perasaan tak sedap hati, percaya Nidza Afham akan kembali ke pangkuan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa laung azan di jambatan Sungai Klang, rakaman CCTV boleh jadi petunjuk kehilangan abang Aufahanie

Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Nidzar merupakan abang kepada penyanyi Aufahanie.

Nidza merupakan abang kepada penyanyi Aufahanie.

Sebelum ini, tersebar rakaman CCTV seorang lelaki memakai jersi 56 dipercayai Nidza berjalan sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi.

Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain