suria

Seumur hidup Shuk Sahar tak pernah cerita buruk tentang orang

Shuk akhirnya bersuara untuk bela diri.

PELAWAK Shuk Sahar memberitahu seumur hidup dia tidak pernah bercakap atau menyebarkan cerita buruk mengenai mana-mana individu.

Justeru itu, Shuk atau Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 38, meminta orang ramai menilai menggunakan akal fikiran sebelum membuat sebarang andaian mengenai dirinya.

"Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang.

sjhuk 2

Penjelasan dari Shuk belum memuaskan hati ramai pihak.

"Harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai," katanya.

Shuk berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada malam Isnin.

Luahan itu dipercayai merujuk kepada pergolakkan rumah tangganya dengan isteri Fara Salleh.

Terdahulu, Fara menerusi temu bual bersama mStar mengakui ada meminta cerai dengan Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan berkahwin perkara tepat, podcast buat Shuk Sahar kembali diterima peminat

Ini kerana dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga mencemarkan nama baiknya.

Sebelum itu, Fara menerusi Thread menulis luahan hati mengenai rumah tangganya pada Isnin.

Kata Fara, dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

shuk 1

Rumah tangga Shuk dan Fara sedang bergolak?

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu.

Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain