suria

[V] Muaz Zabir lebih terbuka dengan Bella Astillah, ramai doa daripada kecam… “Dia pun bukan isteri orang lagi”

PELAKON Muaz Zabir sedang menunggu masa sesuai untuk berkongsi kepada umum identiti wanita yang bersamanya dalam kereta merakamkan trend tarian TikTok pada Julai lalu.

Kata Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 26, dia juga tidak kisah sekiranya orang ramai mengaitkan pemilik kuku berkenaan dengan pelakon Bella Astillah.

"Benda itu masih rahsia dan harap bersabar. Mereka (netizen) boleh anggap apa sahaja sebab saya yang reka perkara itu.

2828264

Video yang dikongsikan Muaz jadi perhatian ramai.

"Saya tak cakap itu kuku dia (Bella). Saya pun tak jangka perkara itu akan jadi perhatian ramai.

"Kalau betul itu Bella dia pun bukan isteri orang lagi kan," katanya kepada mStar.

Muaz berkongsi perkara itu di majlis Anugerah TikTok Malaysia 2024 yang berlangsung pada malam Ahad di Kuala Lumpur.

Kata Muaz, dia kini tidak lagi ambil peduli sekiranya dikaitkan dengan Bella memandangkan wanita berkenaan sudah pun bergelar ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir kongsi video bersama wanita dalam kereta, netizen teka itu kuku dan cincin Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Bella Astillah dan Muaz Zabir curi perhatian, peminat harap tiada pihak panas hati

Malah dia enggan bermusuh dengan aktres berkenaan kerana hal yang sudah lepas.

"Alhamdulillah kecaman tak banyak, ramai yang mendoakan baik-baik. Cuma sebelum ini saya tak nak dikaitkan pun kerana isu yang hangat diperkatakan ketika itu.

"Tapi sekarang kita semua sudah tahu status Bella jadi saya lebih terbuka.

Kalau boleh tak nak bermusuh.

MUAZ ZABIR

PELAKON

"Kita berkerja dalam industri yang kecil nak tak nak akan bertemu juga. Kalau boleh tak nak bermusuh," katanya lagi.

Sebelum ini, Muaz memuat naik video bersama seorang wanita dengan menggunakan lagu Steal My Girl nyanyian One Direction.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa wanita yang ada bersamanya dalam kereta itu adalah aktres Bella Astillah.

2633153 (1)

Muaz dan Bella pernah dikaitkan bersama sekitar Mac lalu.

Pada Mac lalu, tersebar beberapa foto mesra di antara Muaz dan Bella yang didakwa turut berlaku curang.

Bella yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka sekadar ingin membuat suaminya pelakon Aliff Aziz cemburu.

Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain