PERKONGSIAN isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengenai masalah rumah tangganya di laman Instagram menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Fara secara terbuka mengaku ada meminta cerai daripada Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya. Ini kerana dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga mencemarkan nama baiknya. Fara mengakui sudah hilang sabar dengan sikap Shuk. "Tentang perkongsian itu, saya mengaku saya minta sebab dah terlalu penat. "Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka ini terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam group. "Nama saya ni kalau tak buruk sebab mulut orang jauh, buruk sebab mulut orang paling dekat," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan berkahwin perkara tepat, podcast buat Shuk Sahar kembali diterima peminat ARTIKEL BERKAITAN: “Muka macam kerja bengkel...” - Asalnya terdesak cari pendapatan, produk kecantikan Shuk Sahar rupanya laris Sebelum itu, Fara menerusi Thread menulis luahan hati mengenai rumah tangganya pada Isnin. Sementara itu, Fara berkata dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian, namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak kali berbincang. "Saya pernah ajak bincang tapi tiada kesudahan, berubah tapi sekejap sahaja," jelasnya Gara-gara sikap suaminya itu, Fara mengakui mentalnya terganggu lebih-lebih lagi dia tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Tentang perkongsian itu, saya mengaku saya minta sebab dah terlalu penat. FARA SALLEH ISTERI SYUK SAHAR Malah, selepas berkahwin dia terpaksa menjauhkan diri daripada rakan-rakan kerana mahu fokus menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. "Mungkin dulu saya sibuk kerja, ada kawan. Apabila dah kahwin ni kena buang semuanya, mental kita jadi burn out pun juga. "Lebih-lebih lagi sekarang kena fokus untuk suami sahaja," ujarnya. Shuk dan Fara bernikah pada November tahun lalu. Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu. Sebelum ini, Syuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!