suria

Perkahwinan 3 tahun berakhir, Nora Ariffin kongsi video suami lafaz cerai talak satu

Rakaman lafaz cerai yang dikongsikan Nora.

TIADA angin tiada ribut, perkahwinan penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suami berakhir apabila Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora, 51, memuat naik video berdurasi 52 saat memperlihatkan suaminya melafazkan talak berkenaan.

Reda menerima takdir berkenaan, Nora bagaimanapun enggan berkongsi punca penceraian mereka.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 20.41.56

Antara foto yang menjadi kenangan Nora kelak.

"Alhamdulillah selesai, Allah sahaja yang tahu," katanya.

Bersama kapsyen tersebut, Nora turut berkongsi video lafaz cerai yang dibuat oleh Rushdi.

"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah," lafaznya.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa dosa aku sampai diuji seperti ini?”... Nora imbau peritnya hidup selepas pemergian Johan

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain