suria

“Ustaz tidak bersalah” - Nora dedah suami terima arahan untuk lafazkan cerai

Nora tampil bersuara membela suaminya.

SELEPAS berkongsi video diceraikan oleh suaminya, penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta orang ramai tidak menyalahkan Dr Rushdi Ramli atas apa yang telah berlaku.

Menurut Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 51, penceraian itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.

"Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

Untitled design (6)

Perkongsian Nora raih sekali lagi raih perhatian.

“Iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti," katanya.

Nora berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Nora bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci siapakah individu yang memberikan arahan kepada suaminya itu.

Dalam pada itu, Nora memberitahu dia tidak mampu untuk mengulas penceraian itu dan hanya reda dengan segala ketentuan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 3 tahun berakhir, Nora Ariffin kongsi video suami lafaz cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas

"Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku," ujarnya.

Sebelum itu, video lafaz cerai yang dilakukan oleh Rushdi dimuat naik oleh Nora di Instagram dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Rushdi menceraikan Nora menerusi rakaman video.

Dalam masa sama, ada juga yang menegur Nora kerana berkongsi video berkenaan di media sosial.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 20.41.56

Foto hari raya terakhir Nora bersama suami.

"Memang trend sekarang lafaz talak kena buat video ya.

"Dah kenapa sampai nak buat video? Sekali pun ada salah silap, kan lebih baik berbincang suami isteri.

"Rasanya elok Datuk turunkan klip video suami lafazkan talak tu. Tak perlulah dikongsi,” antara komen netizen.

Pada Isnin, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 20.41.57

Nora dan Rushdi mendirikan rumah tangga pada 2021.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain