suria

[V] Hafidz Roshdi perlu naik mahkamah lagi, kes pukul bekas isteri belum selesai

NAMPAKNYA pertuduhan pelakon Hafidz Roshdi mencederakan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri masih belum berakhir apabila Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu, Selangor menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Peguam mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan ketika sebutan semula di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib pada pagi Selasa.

Terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu, Akberdin berkata kes ini sepatutnya sudah selesai memandangkan Shuhada sudah menarik laporan pada 6 Julai lalu.

Hafidz ditemani peguam ketika ditemubual pengamal media.

Hafidz ditemani peguam ketika ditemubual pengamal media.

"Mahkamah arah teruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan, tapi kami memang tidak buat surat selepas penarikan laporan.

"Saya akan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku dan persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik, kes sepatutnya sudah selesai secara global.

"Saya beritahu Hakim mungkin saya kena tulis surat secara rasmi pada pihak pendakwaan beritahu apa yang sudah berlaku dan kami akan tunggu jawapan. Hakim bersetuju dan menetapkan tarikh sebutan pada 14 Oktober depan sementara menunggu representasi yang saya akan buat," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafidz Roshdi nampak ceria, isteri hadir beri sokongan sebutan kes pukul Shuhada

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut nafkah anak secara terbuka, Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan asyik berseronok

Sementara itu, Hafidz ketika ditemui mStar pula enggan mengulas lanjut berhubung isu lanjutan sebutan kes pukul ini.

"Maaf, saya tak nak komen apa-apa mengenai hal ini," katanya.

Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya (ketika kejadian) sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

Hafidz tenang melalui proses mahkamah.

Hafidz tenang melalui proses mahkamah.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, (ketika kejadian) sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.22 pagi pada 2 Mac tahun lalu (2023).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

553 (49)

Hafidz dan Shuhada mempunyai dua orang anak bersama.

Sebelum ini, mahkamah sama diberitahu, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan.

Pada 29 Mac tahun lalu, Hafidz telah ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain