suria

[V] Mayat lelaki ditemukan di jambatan Sungai Klang sah Nidza Afham

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor adalah penyanyi Nidza Afham.

Menurut Hussein, mayat tersebut ditemukan sekitar pukul 7 malam pada Rabu kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

“Penemuan mayat di Sungai Klang kira-kira pukul 7 malam itu disahkan sebagai Nidza Afham. Lokasinya kira-kira satu kilometer dari tempat lelaki itu dilaporkan hilang,” katanya.

nidzar 2

Antara bukti yang ditemui sebelum kehilangan Nidza.

Sebelum ini, media melaporkan seorang mayat lelaki dewasa dijumpai di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor pada petang Rabu.

Perkara tersebut disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Mayat itu ditemukan memakai pakaian jersi berwarna gelap bernombor 56.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki berjersi 56 ditemukan sekitar jambatan Sungai Klang.... Baju hampir sama dipakai Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tiada perasaan tak sedap hati, percaya Nidza Afham akan kembali ke pangkuan keluarga

Berdasarkan pakaian, mayat tersebut dipercayai Nidza yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa, memakai pakaian serupa.

Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada pukul 7.45 petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

nidzar 4

Ketika penemuan mayat di pinggir sungai.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Sebelum ini, tersebar rakaman CCTV seorang lelaki memakai jersi 56 dipercayai Nidza berjalan sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi.

Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain