suria

[V] Repost terakhir Nidza Afham jadi perhatian, kongsi tentang kematian macam petanda akan ‘pergi’

PERKONGSIAN video terakhir Allahyarham Nidza Afham di TikTok mendapat perhatian netizen selepas penyanyi berkenaan ditemukan tidak bernyawa di Sungai Klang, Selangor pada petang Rabu.

Apa yang menarik perhatian, Allahyarham mengulang siar atau repost video seorang individu sedang menunggang motosikal di atas jalan raya.

Video berdurasi 42 saat itu turut menggunakan suara pendakwah Datuk Kazim Elias yang bercakap tentang kematian.

nidzar 2

Kelibat Nidza dirakam CCTV buat kali terakhir.

“Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita balik kerja naik motosikal.

“Hujan dah elok nak masuk simpang depan, motosikal lain langgar dari belakang kereta lain pulak mai (datang) lenyek. Allah!

“Polis ambil kutip dengan plastik hitam,” antara petikan kata-kata dalam video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemukan di jambatan Sungai Klang sah Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki berjersi 56 ditemukan sekitar jambatan Sungai Klang.... Baju hampir sama dipakai Nidza Afham

Video itu menarik perhatian ramai apabila Allahyarham seolah-olah tahu hari pemergiannya semakin hampir.

"Nidza Afham repost macam dah tahu-tahu saja.

"Dia mesti dapat rasa... Yang pergi dulu semua orang baik," antara komen netizen.

nidzar 4

Penemuan mayat Nidza di sungai.

Sebelum ini berita kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga penyanyi Aufahanie yang memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain