suria

Aliff Syukri ketakutan, cemas lelaki tak dikenali datang sergah mahu buka zip seluar

Aliff ketakutan disergah seorang warga asing.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila diganggu seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di tempat awam.

Cerita Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, dia melihat individu dipercayai warga asing itu memegang pisau di tangan kiri dan mahu melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

“Mohon berhati-hati, sumpah saya takut!

NP-150

Aliff berkongsi diserang seorang lelaki di Instagram miliknya.

“Siapa yang pernah kena macam saya ni? saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.

“Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada malam Selasa.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di The Strand, Kota Damansara, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Aliff Syukri miliki Ferrari tercapai, isteri buat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan ke-17

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang dituduh guna ilmu hitam untuk awet muda, ibu Aliff Syukri saman TikToker setengah juta

Tambah Aliff lagi, lelaki berkenaan menyergah dirinya sewaktu mahu turun kenderaan daripada parkir.

“Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun daripada parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen risau dan meminta Aliff supaya berhati-hati di masa akan datang.

NP-151

Aliff berasa takut disergah seorang lelaki.

“Kunci pintu rapat-rapat, bahaya tu... takut pula dia mengamuk dekat cermin.

“Jaga-jaga Aliff, takut orang tu dah perhati lama gerak geri Aliff.

“Takutnya, macam-macam kes sekarang boleh berlaku,” tulis netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain