suria

Bukan saja-saja tayang tubuh, Anding mahu promosi gaya hidup sihat... Tak layan mesej ‘gatal’ netizen

KERAP berkongsi foto tubuh sasa di media sosial, pelakon Anding mendedahkan dia pernah menerima mesej dan komen berbaur lucah daripada pengikut.

Memilih untuk tidak melayan mesej pelik diterima itu, Anding atau Anding Indrawani Zaini, 41, berkata perkara itu sama sekali tidak memberikan kesan kepada dirinya.

“Sekarang ni kita tak tahu yang komen tu orang lekaki atau perempuan sebab mereka tu guna akaun robot, bila ada komen berbaur lucah ni memang saya tidak akan layan.

“Dulu agak terkesan tapi sekarang tidak sebab sudah makin matang dan tak peduli langsung apa yang orang komen tu sebab saya baca dan kemudian terus padam.

“Tak elok la sebab sosial media saya ni ada anak saudara saya dan keluarga yang akan baca nanti serta terpengaruh negatif, ada juga yang tawar buat perkara pelik tapi itu ada scam,” kata Anding kepada mstar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi