suria

Ganti kawan buat ‘show’ permulaan Ameng Spring jadi penyanyi, ada hikmah masuk penjara

ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbau penglibatan karier vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng yang telah berada dalam industri seni sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Memulakan karier sekitar tahun 1990-an sebagai penyanyi, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, berkata perjalanannya sebagai anak seni bukannya mudah kerana terpaksa berhijrah ke ibu kota demi membina kerjaya bersama kumpulan itu pada tahun 1991.

“Cita-cita saya bukan nak jadi penyanyi tapi nak jadi seorang ahli bomba dan bakat seni saya mula nampak ketika usia 14 tahun, kemudian ada seorang invidividu yang ajar saya main gitar hampir setahun kemudian saya mahir, sebenarnya tak tahu ada bakat seni sebab tak terlalu fokus ke arah situ.

“Selepas tamat sekolah pengaruh muzik rock sangat kuat ketika itu membuatkan saya berubah cita-cita jadi ahli bomba kepada pemain gitar kerana terpengaruh dengan Man Kidal ketika itu dan sertai kumpulan muzik di Terengganu sebagai pemain gitar.

“Disebabkan penyanyi utama saya sakit ketika itu, saya ganti jadi penyanyi. Kemudian kawan cakap yang saya ada bakat untuk menyanyi dan kemudian saya sedar mengenai perkara itu lalu berhijrah ke Kuala Lumpur dan sertai kumpulan Spring,” kata Ameng kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi