suria

Selalu dengar di TikTok, rupanya ini penyanyi ‘Jiwa Yang Bersedih’... Ghea Indrawari tak sangka viral sampai Malaysia

PENYANYI berasal Indonesia iaitu Ghea Indrawari tidak menyangka lagu bertajuk Jiwa Yang Bersedih yang dilancarkan pada tahun lalu menjadi tular di Malaysia.

Kata Ghea, 26, dia amat gembira kerana usahanya selama lima tahun sebelum ini akhirnya berhasil apabila nama dan lagunya menjadi sebutan bukan sahaja di Indonesia, namun juga di negara ini.

“Aku sangat tidak sangka (lagu tular). Memang saya ada lihat beberapa kali di sosial media yang ramai orang Malaysia jadikan lagu itu untuk konten mereka. Alhamdulillah saya sangat gembira.

“Sangat tidak sangka lagu ini menjadi tular sebegitu hebat sekali,” katanya kepada mStar.

Ghea berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Konsert Farmasi Soundzation di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Konsert berkenaan bakal diadakan pada 30 November depan di MegaStar Arena, Kuala Lumpur.

Bagi konsert tersebut, Ghea berkata dia sangat teruja memandangkan itu merupakan pertama kali dia membuat persembahan di Malaysia.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi