suria

Raja Afiq ‘comeback’ selepas dua tahun menyepi, syukur Yusof Haslam beri peluang kembali aktif berlakon

DUA tahun dilihat menyepi, pelakon Raja Afiq meluahkan rasa syukur kerana ditawarkan peluang membintangi drama di bawah produksi Skop Production milik Datuk Yusof Haslam.

Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 30, berkata drama terbaharu lakonannya iaitu Polis Peronda menerima sambutan baik dalam penonton.

“Sekarang ini saya sedang sibuk dengan aktiviti seni dan tengah shooting drama Polis Peronda, Alhamdulilah setelah sekian lama akhinya dapat juga saya kembali berlakon.

“Drama ini kiranya macam kemunculan kembali saya dalam industri seni ini dan impaknya Alhamdulilah sangat memberangsangkan dan terjawab juga persoalan orang ramai yang tanya kenapa saya tak aktif.

“Saya nak ucapkan terima kasih dekat Datuk Yusof Haslam sebab beri peluang kepada saya dan isteri untuk drama kali ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi