suria

“Orang Malaysia tak select” - Lelaki Nigeria Abbey Abimbola rajin buat ‘live’ cakap Melayu, rupanya dah lama berlakon dan mengarah

SUDAH 11 tahun menetap dan aktif berkarya perfileman di Malaysia, namun pelakon dan pengarah berbangsa Nigeria iaitu Abbey Abimbola memberitahu dia tidak berkecil hati meskipun orang tidak mengenalinya sebagai seorang pelakon tapi sebagai TikToker.

Abbey atau mesra panggilan Abang Sado berkata, dia tak menyangka apabila kemunculannya di TikTok mendapat perhatian netizen malah ramai yang mula meminatinya gara-gara fasih berbahasa Melayu.

“Saya jadi influencer bukan sebab nak jadi TikToker macam yang lain tapi sebenarnya nak promosikan filem saya melalui platform media sosial.

“Ramai yang tak tahu saya ni merupakan pelakon dan pengarah filem tapi mereka lebih kenal sebagai Abang Sado saja, tapi tak apa saya tak kisah,” kata Abbey kepada mStar.

Dalam pada itu, Abbey menaruh hasrat membawa filem Malaysia ke pasaran antarabangsa setanding dengan industri Hollywood.

“Memang impian dan cita-cita saya untuk bawa filem Malaysia ke Hollywood satu hari nanti dan wujudkan perkataan Malaysiawood,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abbey akan muncul dengan karya filem terbaharunya berjudul Hantu Bukan Biashe-Biashe yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi