suria

Terputus hubungan tapi Exists masih ambil tahu tentang Mamat... Tak serik untuk terus bagi peluang

AHLI kumpulan Exists memaklumkan Mamat yang ketika ini sedang menjalani tempoh pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mula menunjukkan perubahan dan prestasi yang baik.

Ahli Exists iaitu Musa atau nama sebenarnya Musa Radhi, 51, memohon supaya orang ramai dapat mendoakan keadaan Mamat supaya kembali pulih seperti sedia kala.

“Dia sekarang ini terputus hubungan (tidak dapat hubungi), tetapi kami tetap ambil berat. Ada yang beritahu kami bahawa prestasi dia dan nampak sekarang ini banyak perubahan dan kebaikan.

“Apa pun doa jangan putus. Kita nak dia baik, pulih dan juga kembali seperti biasa,” katanya kepada mStar semasa ditemui di Konsert A Night To Remember pada Isnin.

Sementara itu, Ajai pula memaklumkan, Exists sama sekali tidak akan serik untuk memanggil Mamat sebagai vokalis kumpulan tersebut walaupun mempunyai rekod yang buruk.

“Semestinya kami tidak akan serik (jadikan Mamat sebagai vokalis). Kalau kami serik, kami tidak akan panggil lagi dia untuk konsert,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ajai berkata Mamat banyak menceritakan mengenai statusnya yang ketika ini sudah mempunyai cucu.

“Sekarang ini dia banyak cerita yang sudah menjadi datuk. Jadi, mungkin dengan kehadiran cucu ini, boleh mengubah hidup dia daripada yang sebelum ini,” katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi