suria

Radhi Khalid tak cerewet cari calon isteri, titik berat 5 perkara termasuk baik budi pekerti dan ada agama

SETELAH sekian lama berahsia dan berteka-teki tentang status diri, pelakon Radhi Khalid memberi bayangan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Berkongsi perkara itu, Radhi atau Muhammad Radhieddeen Abdul Khalid mendedahkan bakal isterinya adalah dalam kalangan penggiat seni.

Bagaimanapun Radhi tetap memilih merahsiakan nama dan identiti wanita yang berjaya menambat hatinya.

"Insya-Allah semuanya kuasa Tuhan dan saya mencari (wanita) dengan ciri-ciri mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dan ada lima perkara saya titik beratkan untuk jadi calon saya.

"2024 pun dah nak penghujung, jadi insya-Allah mungkin tak lama lagi, cumanya belum boleh dedahkan lagi.

"Calon ini dalam kalangan industri juga sebenarnya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi