suria

Belajar daripada kesilapan, Shiera seronok dengar berita Aman Graseka rancak berniaga jellyball

PENYAMPAI radio dan pelakon Sharifah Shahirah gembira apabila mengetahui pelakon Aman Graseka kini sedang giat berniaga di Kedah.

Kata Shahirah atau mesra disapa Shiera, 50, sebagai rakan dia sentiasa menyokong setiap perkara baik yang dilakukan Aman bagi mendapatkan pendapatan.

“Alhamdulillah, itulah yang kita mahukan (cari duit sendiri). Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau dia buat (perniagaan) itu secara jujur, kita akan sokong dia.

“Tidak kisahlah dia berniaga apa pun, asalkan barang tersebut sedap, jadi teruskan sahaja. Jangan dah sedap (ada duit) masih hubungi kawan-kawan (minta duit). Sekali sekala boleh, jangan selalu sangat,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Shiera juga mengakui dia sudah menyekat nombor digunakan Aman sebelum ini.

“Tidak mengapa, ini adalah pengalaman dan saya belajar daripada kesilapan.

"Saya sudah pun sekat sebab tidak lagi dibebankan dengan masalah. Tidak mahu gaduh-gaduh,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi