suria

Dari Georgetown ke Dataran Merdeka, Pablo Amirul bakal buat larian solo 367km dalam tempoh 6 hari

BAGI membantu golongan penggiat seni kurang bernasib baik, pelakon Pablo Amirul bakal melakukan larian solo sejauh 367 kilometer bermula 16 hingga 22 September 2024.

Acara diberi nama Lariah Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee itu kata Pablo, 39, bertujuan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada penggiat seni yang memerlukan bantuan.

Tidak hanya itu, Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, juga mahu mencipta sejarah tersendiri sebagai seorang anak seni tempatan.

"Insya-Allah selain membantu penggiat seni, dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada waris Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Saya juga bercadang untuk menghasilkan filem sendiri dengan dana yang berjaya dikutip nanti," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi