suria

Sabrina Ali selektif pilih watak demi kelainan... Akaun IG hilang gara-gara lantang bersuara

GARA-GARA kerap berkongsi mengenai aktiviti kekejaman zionis di media sosial, pelakon Sabrina Ali telah kehilangan akaun Instagram pada awal Ogos lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Sabrina bagaimanapun berkata dia tidak berasa sedih atas kehilangan akaun tersebut sebaliknya sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

“Akaun Instagram saya telah kena suspended pada awal Ogos lalu dan lepas saya berkongsi mengenai pemimpin Ismail Haniyeh.

“Secara jujurnya akaun saya pernah kena digantung beberapa kali sejak tahun lepas dan segala video atau gambar yang dimuatnaik pasti akan kena sekat, pengikut saya berkurangan sebab kena buang.

“Tak apa saya tak sedih pun sebab dah tahu perkara ini akan berlaku dan saya tak akan berhenti sebarkan perkara ini di media sosial, kalau mereka tutup akaun saya jadi boleh buat baru,” kata Sabrina kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi