suria

Tak tahu nak seram atau gelak! Aya Amiruddin dan Dottie jadi hantu dalam ‘Pontianak 200kg’

ATAS sambutan hebat penonton terhadap telefilem Pontianak 100 kg yang bersiaran di TV3 pada tahun lalu, kali ini karya komedi seram itu bakal ditayangkan di pawagam pula.

Filem berjudul Pontianak 200 kg itu bakal menemui penonton pada 5 September depan.

Menurut pengarah iaitu Shuhaimi Lua, filem ini merupakan sambungan kepada telefilem Pontianak 100 kg.

“Filem ini bermula dengan kisah sebelumnya iaitu supertele Pontianak 100 kg kemudian dapat sambutan yang mengalakkan dalam kalangan penonton kemudian saya dapat arahan untuk hasilkan filem pula.

“200 kg tu bermaksud dalam filem ini ada kemunculan dua watak pontianak berbadan besar dan mereka berhijrah ke kampung lain untuk mencari makan, pelbagai aksi komedi dan lucu dipertontonkan buat anda semua nanti,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, selaku pengarah filem Shuhaimi berkata ini merupakan filem pertama arahannya dan dia juga berdepan cabaran sepanjang proses pembikinan.

“Cabaran dalam menghasilkan filem ini adalah berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, sebab musim hujan jadi agak sukar juga buat kami tapi Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Pontianak 200 kg dibintangi oleh Ropie, Dottie, Niezam Zaidi, Sood, Wans Ahmad, Aya Amiruddin, Malia Baby dan Ziana Zain.

Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 September depan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi