suria

DJ Lin ‘steady’ hadap ujian, tenaga bukan untuk perkara negatif... Fokus penganjuran Suria Jelajah Kuasa 2

DIUJI dengan pelbagai dugaan sebelum ini, penyampai radio Suria FM DJ Lin tidak terlalu berfikir tentang masalah yang melanda dirinya.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, 49, berkata, dia tidak mahu menghabiskan tenaga memikirkan perkara negatif sebaliknya ingin lebih agresif dalam karier termasuk menaikkan nama Suria FM.

“Apa yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah. Allah uji sebab nak datangkan sesuatu yang baik.

“Fokus saya sekarang adalah Suria FM dan bukan benda lain. Saya tidak mahu buang tenaga saya untuk fikir benda yang negatif,” katanya kepada mStar.

DJ Lin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Jelajah Suria Kuasa Dua di The Estate Hill, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, DJ Lin menyifatkan 2024 merupakan tahun bahagia buatnya selepas turut diuji dengan masalah kesihatan sehingga kerap ditahan di wad.

“Sebelum ini mungkin kerap masuk hospital tetapi 2024 ini ibarat satu sejarah bagi saya setelah lapan tahun apa yang berlaku, kesihatan saya tahun ini sangat konsisten. Saya sangat bersyukur,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM memberitahu stesen berkenaan bakal menganjurkan Jelajah Suria Kuasa 2 di empat lokasi terpilih.

Lokasi tersebut adalah di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang (7 dan 8 September), Plaza Angsana, Johor Bahru (21 dan 22 September), AEON Nilai, Negeri Sembilan (28 dan 29 September), AEON Kota Bharu, Kelantan (11 dan 12 Oktober).

Tambah DJ Lin, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan antaranya pertandingan KiraOke Suria, hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM36,000 dan Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 yang menampilkan Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Aina Abdul, Ernie Zakri dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi