suria

Masdo banyak berhabis beli pakaian, pasang impian buka galeri sempena konsert ulang tahun ke-10

SERING tampil mengenakan pakaian seragam, kumpulan Masdo memberitahu kebanyakan busana digayakan mereka itu merupakan tajaan.

Sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik, mereka mempunyai banyak koleksi pakaian dan tidak berkira mengeluarkan belanja untuk penampilan.

“Jumlah yang telah dihabiskan untuk pakaian kami tak ingatlah tapi jumlahnya banyak, kami cuba sehabis baik untuk mix and match juga.

“Tapi kalau setiap persembahan perlu membeli pakaian baru, kami rasa memerlukan sebuah gudang untuk menyimpan segala pakaian,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Masdo memasang impian untuk membuka galeri mempamerkan pakaian yang pernah dipakai oleh mereka sewaktu mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-10.

“Kami juga berangan-angan untuk membuka sebuah galeri sewaktu konsert ulang tahun ke-10, yang mana akan mempamerkan pakaian yang pernah dipakai oleh kami,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi