suria

Ayez Shaukat fokus bina nama dunia gusti, hairan masih ada pertikai aksi sekadar lakonan

PELAKON dan jaguh gusti negara iaitu Ayez Shaukat tidak terkesan dengan kecaman yang dilontarkan oleh netizen ke atas dirinya kerana menyertai sukan lasak berkenaan.

Shaukat atau nama sebenarnya Ayez Shaukat Fonseka Mohd Farid, 36, berkata gusti dan lakonan adalah sesuatu yang sama kerana memerlukan penghayatan dalam melakonkan watak.

Dia juga berkata gusti ialah sebuah sukan hiburan dan lakonan semata-mata, berbeza dengan sukan kombat seperti Muay Thai dan lain-lain.

“Sekarang dah 2024 orang semua dah tahu yang gusti ini adalah satu seni persembahan cuma saya tak faham kenapa netizen masih mengecam gusti.

“Kenapa mereka tak kecam artis dan pelakon filem? Konsepnya sama sahaja, adakah mereka tidak boleh bezakan atau tidak faham gusti ini adalah sebuah drama,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, dia juga tidak akan meninggalkan dunia lakonan dan gusti kerana minat dan bakatnya dalam kedua bidang ini.

“Insya-Allah, saya tak akan tinggalkan kedua-duanya, memang dunia lakonan dan gusti adalah passion saya kalau kerja banyak pun saya tak akan rasa penat sebab ianya minat saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi