PENYANYI Adira tidak terasa hati apabila digelar dengan gelaran janda beranak empat.
Kata Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, kenyataan itu adalah fakta dan bukannya suatu penghinaan terhadap dirinya.
“Saya okay saja, memang betul pun jadi saya boleh kata apa kan? Saya okay je yang penting kita tahu bawa diri kita.
“Setakat ni masih tidak ada individu yang mendekati saya, mungkin saya rasa sebab gelaran janda anak empat itu yang membuatkan orang takut untuk mendekati saya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Adira memberitahu dia kini lebih menjaga penampilan diri demi memenuhi tanggungjawab dan tuntutan kerja.
“Sebenarnya untuk diri sendiri orang pandang kita, bukan apa sebab saya public figure... Pergi mana-mana orang lihat, ia juga sebahagian tanggungjawab dan tuntutan kerja,” ujarnya.
TONTON VIDEO DISEDIAKAN MSTAR INI