suria

“Panggil Sood, abang marah ke?”... Nama dalam drama lagi popular, rezeki bawa watak orang pekak

MESKIPUN sudah 10 tahun membawa watak lelaki pekak bernama Sood, namun karakter istimewa itu masih lagi melekat sehingga kini.

Pelakon watak itu iaitu Sood atau nama sebenarnya Hairul Aziz berkata dia tak menyangka karakter itu diterima ramai serta membuka pintu rezeki untuk dia menerima lebih banyak tawaran lakonan.

“Kalau ikutkan drama Budak Magik ada watak nama Sood yang diilhamkan oleh pengarah Along Hafiez meninggalkan impak yang besar hingga hari ini.

“Kerana kalau ikutkan drama tu sudah lama pada tahun 2016 dan sekarang orang masih boleh terima lakonan dan watak pekak yang saya buat.

“Alhamdulilah, saya okay saja kalau orang nak panggil saya Sood dan banyak juga tawaran yang diterima tapi masih mahukan karekter Sood ni,” kata Sood kepada mStar.

TONTON VIDEO BIZIBODY DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi