suria

Melawak depan TV bukan lagi keutamaan, Abu Mamu lebih suka jadi content creator buat reviu makanan

MELIHAT kebangkitan dunia digital dan media sosial, pelawak Abu Mamu memberitahu dia kini memilih untuk beralih bidang menjadi seorang content creator dan influencer.

Kata Abu atau nama sebenarnya Abu Musarrif, dia bersyukur kerana rezekinya lebih meluas menerusi platform digital, namun mengakui masih rindu untuk kembali aktif beraksi dalam program realiti komedi seperti dahulu.

“Buat masa ini masih lagi sebagai content creator dan banyak kepada makanan, sebagai TikToker juga disamping ada rezeki sikit-sikit buat persembahan lawak.

“Saya sekarang ini memang sudah beralih bidang jadi content creator rezeki banyak ke arah sini pula, untuk komedi masih aktif tapi bukan di televisyen dan lebih kepada majlis luar saja, rindu itu memang pasti tapi rezeki lebih disini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Abu memberitahu kehadiran golongan influencer ini sedikit sebanyak memberikan satu cabaran besar buat pelawak yang lahir dalam program realiti kerana pengaruh mereka lebih luas.

“Memang satu cabaran juga buat pelawak ini terutamanya yang masuk program realiti komedi sebab golongan influencer ni mereka ada pengaruh yang kuat, jadi kalau tak pandai bawa diri nanti habis,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi