suria

Ropie tak mahu lagi sertai pertandingan komedi, usia makin meningkat mudah stres

PELAWAK Ropie memberitahu buat masa ini dia belum terfikir untuk menyertai mana-mana pertandingan komedi dan memilih untuk berehat seketika daripada menyertai program lawak berkenaan.

Kata Ropie atau Zahid Tajuddin, 57, faktor usia makin meningkat membuatkan dia kurang berminat untuk menyertai program berkenaan kerana tidak mahu lagi memberikan tekanan terhadap dirinya.

“Sebab faktor usia yang 57 ni jadi saya tak mahu stres kalau masuk program realiti komedi ni, boleh nak masuk tapi saya tak mahu banyak berfikir mencari idea.

“Macam sebelum ini saya sertai dengan kumpulan Rare yang disertai Ajak Shiro, Pak Ya Sepahtu tu mereka yang banyak menyumbang idea setiap persembahan dan saya hanya tambah-tambah saja.

“Sekarang ni saya tidak mahu sebab bukan zaman saya untuk program ini dan saya tidak seronok sebab kekangan masa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi