suria

Mahu dedah kisah orang tak tahu, Pak Ya berhasrat buat podcast kumpul semua ahli Senario

MELIHAT trend sekarang ini ramai golongan selebriti menerbitkan program podcast, pelawak Ilya memberitahu dia juga mempunyai keinginan untuk mewujudkan podcast bersama kumpulan Senario.

Ilya atau lebih mesra disapa Pak Ya berkata melalui podcast peminat dapat lebih mengenali pelawak kegemaran mereka serta mengetahui kisah sebenar yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

“Kami ni pelawak lama kalau ada podcast dapatlah peminat beramah mesra atau lebih mengenali kami, masa itu juga dapat luahkan perasaan, pengalaman.

“Bila cerita pengalaman yang orang tak tahu tu, yang pahit akan jadi manis contohnya macam kisah zaman kesusahan kami dalam industri.

“Kalau boleh saya nak semua ahli Senario berkumpul dan cerita kembali kisah suka duka kami waktu awal-awal dalam industri yang mana waktu tu zaman media sosial belum lagi wujud,” kata Pak Ya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi