suria

Anna Jobling mudah terhibur, tak ambil pusing ada pihak pertikai jadi juri ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

DIBERI peluang untuk menjadi juri bagi program realiti Muzikal Lawak Superstar 4, pelakon Anna Jobling berharap penampilan sulungnya itu diterima ramai.

Kata Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin, 24, meskipun agak sukar baginya, namun dia berharap supaya orang ramai memberikan peluang dan tidak mengecamnya.

“Saya dapat tawaran (jadi juri) adalah rezeki saya. Saya ada banyak benda nak belajar, bagi saya peluang dahulu. Semua benda yang berlaku ada titik permulaannya.

“Mungkin dalam bahagian lawak ini sukar bagi saya, tapi saya akan terima setiap kritikan yang diberikan untuk perbaiki lagi terutama dalam industri ini. Saya sertai (juri) untuk ‘enjoy’ sahaja,” katanya kepada mStar.

Anna juga mengakui dia merupakan seorang mudah terhibur walaupun dengan apa sahaja jenis lawak yang diberikan.

“Saya ini sangat mudah terhibur walaupun lawak tersebut hambar ke apa, saya memang mudah nak gelak,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi