suria

Umur masuk 19 tahun, Dinda Dania mahu fokus karier nyanyian... Dah kurang ikut busking

PENYANYI Dinda Dania meluahkan rasa syukur kerana menerima banyak tawaran nyanyian pada tahun ini.

Menurut Dinda atau nama sebenarnya Dania Zafirah Sulaiman, 19, dia perlu bekerja keras membina namanya dalam industri muzik.

“Sebenarnya memang banyak projek saya pada tahun ini berbanding tahun lepas, ditambah lagi saya baru selesai program nyanyian Ceria Popstar.

“Lagipun sebelum ini saya masih bawah umur jadi untuk saya bekerja lebih keras lagi agak susah, jadi sekarang ini saya pun sudah berumur 19 tahun jadi saya akan bekerja keras untuk tahun ini,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, juara Ceria Popstar ini mengatakan dirinya masih melakukan busking tetapi pada waktu lapang saja tidak seaktif tahun sebelumnya.

“Saya masih busking tapi sudah tidak seaktif seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya, jika ada masa lapang saya akan busking, saya menjadikan busking sebagai latihan vokal dan hobi saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi