suria

“Ramai gelakkan saya” - Eric Fuzi cabar diri sertai MLS4, cuba melawak atas pentas

TIDAK melupakan ahli kumpulannya, pemain keyboard Floor 88 iaitu Eric Fuzi memberitahu meskipun menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) namun keutamaannya masih lagi bersama kumpulan berkenaan.

Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 32, berkata dia berani menyahut cabaran membuat lawak di pentas setelah tiga tahun menolak perlawaan untuk menyertai pertandingan berkenaan.

“Saya mencuba nasib ni sebab setiap tahun ada saja perlawaan untuk meminta saya sertai program Muzikal Lawak Superstar, tapi sebelum ini saya takut dan belum sedia.

“Ramai yang cakap saya kelakar bila dengan kawan-kawan jadi itu yang buatkan saya lebih yakin untuk masuk pertandingan ni.

“Yang penting Floor 88 juga turut sama dalam mencari idea nanti, maksudnya mereka juga tolong dan sokong saya untuk program kali ini,” kata Eric kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi