suria

Zulin Aziz lebih suka orang sangka sedang hamil berbanding ditegur mengenai berat badan

PELAKON Zulin Aziz mengakui tersinggung jika ada yang menegur mengenai perubahan fizikal dirinya.

Jelas Zulin atau nama sebenanya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia lebih rela sekiranya orang menganggap dirinya sedang hamil berbanding mempersoalkan mengenai berat badan.

“Sebenarnya saya tak okay kalau orang gelar saya gemuk tapi lebih rela kalau cakap sedang hamil, macam seronok pula bila berat badan bertambah ni orang cakap eh mengandung ke?

“Tak ada nampak macam malu sangat sebenarnya, tapi bila ada orang tanya tentang berat badan tu memang akan kecil hati la.

“Bila orang ingat hamil, respon saya tak tahu macam mana, hanya mampu gelak saja,” kata Zulin kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi