suria

[V] Dottie bayar balik mas kahwin, harga cincin kepada bekas suami… dicerai tebus talak

PELAKON Dottie sah bercerai talak satu dengan suaminya Mohd Haffis Abu Hassan secara tebus talak pada Rabu.

Lafaz cerai dibuat oleh Haffis di hadapan Hakim Syarie, Mohd Tarmizi Jaafar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Bersyukur kemelut antara mereka sudah berakhir, Dottie atau Nor Syuhaida Ab Razak, 36, berkata dia dan suami bersepakat untuk menamatkan perkahwinan itu.

dottiee1 - 1

Dottie dan suami sepakat untuk bercerai.

"Kami sudah setuju mencapai kata sepakat hari ini. Syukur urusan dipermudahkan,” katanya kepada mStar.

Tebus talak adalah perceraian yang dipohon oleh isteri dengan memberi wang atau apa-apa harta kepada suami.

Dia diperintahkan untuk membayar sejumlah wang kepada Haffis mengikut nilai mas kahwinnya termasuklah nilai dua bentuk cincin yang diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 tahun hidup berasingan... Dottie enggan buka aib, tutup mulut kemelut rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: "Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu" - Dottie

Sementara itu, Dottie memberitahu dia telah memfailkan permohonan cerai pada Jun lalu.

Kata Dottie, perceraian itu merupakan jalan terbaik selepas pelbagai usaha dilakukan bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga itu.

Meskipun berat ujian dilalui itu, namun Dottie kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum selepas lafaz itu dibuat.

"Sebagai manusia yang ada perasaan, kadang-kala saya sendiri tidak boleh menerima hakikat. Sebelum ini ambil masa untuk kumpul kekuatan memfailkan cerai.

"Pernah ada perbincangan sebelum ini, namun tidak mencapai kata sepakat.

dottiee - 1

Dottie tidak lagi mampu menyelamatkan rumah tangganya bersama suami.

“Bukanlah gembira, tetapi perkara dah lama kusut dan akhirnya dapat dirungkaikan,” luahnya.

Untuk rekod Dottie dan Haffis bernikah pada 25 Disember 2016.

Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain