suria

Berpisah atau sebaliknya? Rabu depan penentu kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah

Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah pada 13 September lalu.

KEMELUT rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura berkemungkinan akan bernoktah atau sebaliknya pada 25 September depan.

Ini kerana pasangan berkenaan dikatakan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi menyelesaikan isu penceraian mereka ini.

mStar cuba mendapatkan pengesahan peguam mewakili aktres berkenaan namun mesej dihantar tidak berjawab kerana masih berada di luar negara.

Kemelut rumah tangga Fattah dan Fazura berkemungkinan akan berakhir.

Kemelut rumah tangga Fattah dan Fazura berkemungkinan akan berakhir.

Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan penceraian dan hanya mengetahui perkara tersebut menerusi media sosial.

Kata Fattah, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi keretakkan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin masih sayang Fazura, tiada wanita lain... Terkejut isteri fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah dan Fazura kekal ‘follow’ IG, simpan video kenangan bersama... Peminat kata tak padam tanda masih sayang

Malah, sehingga kini Fattah memilih untuk berdiam diri meskipun dia menerima kecaman hebat netizen di media sosial yang melemparkan tuduhan tidak masuk akal terhadapnya.

Sejak Julai lalu, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.

Malah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Semoga krisis rumah tangga pasangan ini akan berakhir dengan baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain