suria

SPRM sahkan Alif Teega didakwa di mahkamah esok

Alif Teega bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

PEMPENGARUH media sosial Alif Teega bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Perkara tersebut di kongsi menerusi laman TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Menerusi kenyataan tersebut, pihak mereka telah mendapat keizinan mahkamah untuk mendakwa Alif atau Mohad Hazalif Mohd Hazani, 30.

alif 2

Alif dan Aisyah sebelum ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Tidak dapat dipastikan sama ada isterinya iaitu Aisyah Hijanah akan dituduh pada prosiding berkenaan.

Malah menerusi hantaran tersebut, SPRM tidak menyatakan secara jelas tuduhan yang bakal dikenakan terhadap Aliff di mahkamah.

Bagaimanapun, usahawan tersebut dipercayai bakal didakwa atas dua tuduhan menyalahgunakan dan awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Reman Alif Teega dan Aisyah Hijanah disambung 3 hari lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega tenang di mahkamah, mohon orang ramai doakan dia dan isteri

Alif dan Aisyah ditahan pada 10 Julai lalu bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya sehari kemudian bagi mendapatkan perintah reman.

Mereka menjalani tahanan reman sehingga 16 Julai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain