suria

Teruk kena kecam di media sosial, keluarga ‘Abang Bas’ mahu saman netizen dan selebriti

Keluarga abang bas mahu saman netizen dan selebriti yang mengundang kecaman.

KELUARGA 'Abang Bas' berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh wakil peguam secara probono iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang memberitahu tindakan itu diambil selepas ahli keluarga pemandu bas sekolah itu menerima kecaman netizen sepanjang lelaki berkenaan ditahan pihak berkuasa.

Menurut laporan HM, Ahmad Zaharil bagaimanapun berkata individu terbabit masih diberi peluang untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan selanjutnya.

bas1 - 1

Abang bas dibebaskan dengan jaminan RM40,000.

"Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya sebab selama ini pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap abang bas.

"Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka. Ramai, keluarga mengarahkan mereka (netizen). Kenapa tidak saman selebriti?

"Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia (Abang Bas) dikecam sehebat-hebatnya tanpa belas ihsan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Bas dihadapkan ke mahkamah sekali lagi gara-gara komen sensasi 'crush'

ARTIKEL BERKAITAN: 'Abang bas' bebas selepas bayar wang jaminan RM40,000, sebak peluk keluarga di mahkamah

Pada Selasa, pemandu bas yang didakwa atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

Dia dibebaskan selepas pembayaran dibuat di Kompleks Mahkamah Muar, Johor.

Menerusi video tular di media sosial, pemandu berusia 24 tahun itu dilihat memeluk erat ahli keluarganya yang menanti di perkarangan mahkamah.

Untuk rekod, mStar melaporkan pemandu bas itu didakwa di Mahkamah Muar atas dua pertuduhan.

Ia membabitkan pertuduhan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

bas - 1

Kontroversi abang bas hangat diperkatakan di media sosial.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sebelum ini netizen meluahkan kebimbangan terhadap kandungan TikTok yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan.

Ini termasuk kapsyen seperti 'hari ini crush kita buat homework' yang digunakan pemandu bas sekolah tersebut, dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain