suria

Syukur Nora Ariffin dan Dr Rushdi rujuk semula selepas sebulan umum cerai

Nora dan suami kembali rujuk.

SELEPAS sebulan mengumumkan penceraian, penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli sudah kembali rujuk.

Menurut laporan BH, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, memberitahu proses rujuk itu dilakukan tidak lama selepas dia diceraikan oleh suami.

Jelas Nora, dia memaklumkan perkara ini kerana ingin mengelakkan daripada fitnah terutamanya dalam soal tempoh edah.

nora1 - 1

Nora sebelum ini berkongsi video dia diceraikan oleh suami.

"Alhamdulillah dengan kuasa Allah, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.

"Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah," katanya.

Dalam pada itu, Nora turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka suami isteri dan dijadikan pengajaran buat semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video dicerai bekas suami, niat Nora Ariffin mahu dedah bukan lagi isteri orang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nora Ariffin terkejut apa salah dirinya ‘mendapat’ talak... Dedah kisah kena cerai selepas solat Subuh bersama

"Semoga perkara sama tidak berulang," ujarnya.

Pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

noraa - 1

Nora memaklumkan sudah kembali rujuk dengan suami.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah Kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain