DEMI mempertahankan maruah diri dan hak anaknya, pelakon dan penyanyi Lufya Omar sanggup turun naik mahkamah menuntut mutaah daripada bekas suami iaitu Dr Che Hafiz. Kata Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 39, disebabkan gagal berbincang secara baik sebelum ini, dia nekad untuk terus memperjuangkan tuntutannya itu di muka pengadilan. "Dua tahun lalu saya pernah tarik kes berkaitan nafkah anak sebab nak bekerjasama secara baik di luar mahkamah. Tetapi perkara itu tidak terjadi. "Disebabkan itu saya sambung untuk tuntutan mutaah... Nilai yang diberikan untuk anak kami terlalu sikit. Saya buat sebab dia tidak pegang janji," katanya kepada mStar. Lufya mahu menyimpan wang bagi menunaikan impian anak untuk menjadi doktor. Lufya ditemui ketika majlis pelancaran cawangan restoran Thong Bowl di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu. Lufya sebelum ini memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta dan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Tambahnya, jumlah yang dibuat itu adalah untuk simpanan masa hadapan bagi membolehkan anak mereka menyambung pelajaran di peringkat universiti kelak. "Anak saya nak jadi doktor, jadi saya kena ada simpanan yang banyak untuk ke arah itu. Saya perjuangkan hak anak. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dikenali selepas kahwin Lufya, mutaah RM1 juta jumlah munasabah - "Saya perlahan kerjaya demi menjaganya" ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengorbanan Lufya bernilai RM1 juta, dituduh mata duitan buat tuntutan Mutaah "Duit beberapa ratus yang dia masukkan sebelum ini saya tak sentuh pun. Saya juga tak pandang duit duit. Saya boleh cari duit sendiri untuk perbelanjaan harian. "Nafkah yang saya minta tak mampu bayar, tapi pelik bila datang mahkamah boleh pula pasang bodyguard," luahnya. Untuk rekod Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020. Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 7 tahun. Lufya akan terus menuntut hak untuk anak perempuannya. Sementara itu pelakon ini juga meluahkan rasa syukur apabila sentiasa dikurniakan rezeki dalam pelbagai bidang untuk terus menampung kehidupan. Terbaharu Lufya bakal bekerjasama dengan restoran Thong Bowl untuk penyediaan pencuci mulut resipi sendiri. "Mereka panggil untuk datang acara pembukaan dan kemudian tawarkan kepada saya untuk kolaborasi. Kenapa tidak saya ambil peluang ini? Mereka juga dijangkan akan ada 10 cawangan di masa akan datang. "Kek perisa durian premium ini saya usahakan sendiri. Sebelum ini ada kedai kek namun tidak diteruskan. Sekarang sedang cuba untuk mulakan kembali," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!