suria

Shamsul Ghau Ghau titip nasihat, pesan Fattah Amin terus kuat hadapi ujian rumah tangga

Shamsul berharap Fattah (kanan) terus kuat menghadapi ujian.

SUSULAN konflik rumah tangga yang melanda pelakon Fattah Amin, pengacara Shamsul Ghau Ghau tampil menitipkan nasihat buat aktor berkenaan supaya terus kuat berdepan ujian.

Kata Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, setiap rumah tangga pasti berdepan dugaan dan sebagai ketua keluarga, seorang lelaki seharusnya bijak dalam meperbaiki situasi tersebut.

"Hidup berumah tangga juga ujian. Tak semua manis, tak semua pahit. Bahtera rumah tangga kadang-kadang kena taufan (ujian).

Perkongsian Shamsul yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Shamsul yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Nakhoda kena pandai kawal angin dan taufan. Terus kuat Fattah," katanya.

Shamsul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Shamsul turut mengingatkan kehidupan di dunia ini hanyalah tempat untuk diberi ujian, sebaliknya manusia beriman akan benar-benar berehat di akhirat kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau belum move on pemergian Hamdan, terkilan tak dapat beri penghormatan terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin, desas-desus keretakan rumah tangga benar

"Allah dah beritahu, jangan kata kamu beriman sebelum kamu diuji. Hidup ini tempat ujian. Akhirat tempat untuk berehat selama-lamanya," ujarnya.

Pada Jumaat, isteri Fattah yang juga pelakon iaitu Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

Sehingga kini, Fattah masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan usaha mStar mendapatkan pelakon berkenaan turut tidak berjaya kerana panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain