suria

Kongsi foto peluk anak, Fazura titip pesan harap Fatima kuat dan tabah

Fazura menitipkan pesanan buat Fatima (kanan).

SELEPAS berkongsi hantaran gambar hitam putih bersama kata-kata hikmah di Instagram, kali ini pelakon Fazura menulis pula luahan semangat untuk anaknya iaitu Nur Fatima Aisya.

Menerusi Instagram anaknya itu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi harapan agar Fatima menjadi seorang yang kuat dalam mengharungi cabaran kehidupan pada masa akan datang.

"Kuat dan tabah, itulah sikap yang bawa apabila dewasa nanti," katanya.

faz11 - 1

Fazura berkongsi foto hitam putih di Instagram.

Fazura berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram yang sebelum ini kerap memaparkan kehidupan mereka sekeluarga.

Bersama kapsyen berkenaan, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu turut memuat naik foto bersama Fatima dalam bentuk hitam putih.

Menerusi perkongsian foto tersebut, Fazura dan Fatima seakan-akan memberi bayangan bahawa mereka sedang bersedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin, desas-desus keretakan rumah tangga benar

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura kongsi foto hitam putih bersama kata-kata hikmah selepas kecoh fail cerai terhadap Fattah

Pada pagi Jumaat, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.

Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.

faz22 - 1

Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah pada pagi Jumaat.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain