suria

Ayu Puteh pertahan anak, bengang Wanna Ali dituduh penyondol gara-gara kongsi foto bersama Fattah

Ayu menegaskan Wanna tidak berniat untuk mencari publisiti murahan.

PENERBIT Ayu Puteh tampil mempertahankan anaknya iaitu pelakon Wanna Ali yang dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin di Instagram.

Ayu atau Normashayu Puteh, 48, menafikan dakwaan Wanna sengaja mencari publisiti dengan mengambil kesempatan di atas kemelut rumah tangga yang melanda pasangan suami isteri Fattah dan Fazura.

Ayu juga meminta agar netizen tidak melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada Wanna dan menyifatkan aktres berkenaan seorang anak yang baik.

ayu1 - 1

Ayu pertahankan Wanna yang menerima kecaman di media sosial.

"Kalau tak suka pun janganlah sampai maki-maki anak orang tahap macam itu. Dia bukan penyondol atau tak sensitif dan bukannya mahu publisiti.

"Jangan guna ayat-ayat seperti itu untuk tuduhan ini. Anak saya seorang yang pandai dan baik hati.

"Dia (Wanna) anak yang baik kepada saya. Jaga tulisan dan adab sebelum menulis komen," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali dituduh tak sensitif kongsi foto bersama Fattah Amin... Salah waktu promosi drama

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tunggu, Ayu Puteh puas hati kes tipu RM500,000 dibawa ke mahkamah

Ayu berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu Wanna sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dalam drama lakonannya iaitu Lelaki Melayu Terakhir.

Kata Ayu, perkongsian yang dibuat sudah dijadualkan dan semua yang berlaku adalah secara kebetulan.

"Mohon ya netizen, masing-masing ada artis kesayangan. Wanna anak saya ini bukan sembarang nak berkongsi hantaran. Promo itu semua sudah dijadualkan. Semua hanya kebetulan.

"Drama Lelaki Melayu Terakhir sedang ditayangkan di televisyen, dia hanya bekerja," ujarnya.

wanna1 - 1

Wanna sebelum ini teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama Fattah.

Pada Jumaat, tindakan Wanna berkongsi foto bersama Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mempromosikan drama lakonan mereka di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen.

Lebih-lebih lagi, Fattah kini sedang berdepan konflik rumah tangga apabila isterinya, Fazura memfailkan cerai pada pagi Jumaat.

Kata netizen, Wanna dilihat seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi hantaran tersebut pada waktu yang salah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain