suria

Fazura kongsi foto hitam putih bersama kata-kata hikmah selepas kecoh fail cerai terhadap Fattah

Fazura mendapat sokongan ramai selepas memfailkan penceraian.

SELEPAS kecoh berita memfailkan cerai terhadap suami iaitu Fattah Amin, pelakon Fazura dilihat berkongsi kata-kata hikmah menyentuh mengenai perjalanan kehidupan.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata setiap manusia mempunyai jalan sendiri dan kita tidak perlu mengharapkan kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

"Jalan ini adalah milik anda dan hanya milikmu, orang lain mungkin berjalan bersamamu tetapi tiada siapa yang boleh berjalan untukmu," katanya.

Hantaran itu di muat naik beberapa minit selepas heboh mengenai kisah rumah tangganya itu.

Fazura berkongsi kata-kata hikmah di Instagram miliknya.

Fazura berkongsi kata-kata hikmah di Instagram miliknya.

Bersama kapsyen berkenaan dia turut berkongsi foto dirinya dalam warna hitam putih.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instastory pula, pelakon filem Pisau Cukur ini berkongsi kata-kata hikmah seakan-akan memberikan gambaran dia reda berdepan segala takdir ketentuan.

"Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi," kongsinya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat aktres berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin, desas-desus keretakan rumah tangga benar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura jarang update foto bersama Fattah sebab sibuk, tak perlu tayang kebahagiaan demi kepuasan orang lain

"Terus kuat Faz (panggilan Fazura), semoga Allah permudahkan segalanya.

"Fazura yang saya kenal orangnya kuat semangat.

"Semua hanya sekadar pinjaman Allah di dunia ini, yang kekal hanya cinta sejati pada Allah, dunia dan akhirat," tulis komen.

Pada pagi Jumaat, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.

faz2 - 1

Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah (kanan) pada pagi Jumaat.

Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain