DESAS-DESUS yang bertebaran mengenai keretakan rumah tangga pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin rupa-rupanya adalah benar. Ia dibuktikan apabila Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada pagi Jumaat bagi memfailkan cerai terhadap Fattah. Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan. Kisah rumah tangga Fattah dan Fazura sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial. "Ya, Fazura sudah memfailkan penceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah sebaliknya urusan tersebut dibuat oleh wakil peguam. "Buat masa ini punca penceraian tidak didedahkan," kata sumber. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fattah tidak berjaya kerana panggilan yang dibuat tidak dijawab. Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik. Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura jarang update foto bersama Fattah sebab sibuk, tak perlu tayang kebahagiaan demi kepuasan orang lain ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berkahwin, Fattah Amin masih dapat layanan istimewa Nur Fazura - “Dia tak pernah biar saya senduk nasi sendiri” Bukan itu sahaja, dia juga tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya. Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!