ANGGOTA kumpulan Dolla Sabronzo menyifatkan tuduhan dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik susulan penularan sebuah video mirip dirinya memasuki sebuah bangunan dengan individu tersebut sebagai fitnah. Sebaliknya kata Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 29, dia sama sekali tidak pernah mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini. “Maaf saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video tersebut. Tular di media sosial wanita menyerupai Sabronzo bersama seroang lelaki. “Itu bukan saya dan saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia... 100 peratus itu bukan saya,” katanya kepada mStar. Sabronzo menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas menjayakan konsert Jiwa Malaysia yang diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu video dimaksudkan, Sabronzo orang ramai mengaitkan dia mungkin disebabkan wanita dalam rakaman tersebut miripnya. “Saya tidak tahu nak respon apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya. ARTIKEL BERKAITAN:Sabronzo (Dolla) lali dikecam imej seksi - “Setiap orang ada perjalanan sendiri dalam hal agama” ARTIKEL BERKAITAN: Balik Kelantan pakai baju sopan, Sabronzo (Dolla) tak kecil hati dituduh ‘fake’ ketika berada di kampung “Tapi memang bukan saya. Lagipun internet sekarang kreatif,” jelasnya. Dalam pada itu, Sabronzo memberitahu dia kini ‘bercinta’ dengan kariernya dan tidak mempunyai masa memikirkan soal peribadi. Bagaimanapun janjinya, dia akan memaklumkan kepada peminat sekiranya dia mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki pada masa hadapan. “Ketika ini saya hanya buat kerja saya. Fokus kepada karier seni dan tiada masa untuk perkara lain. Dakwaan mengenai Sabronzo mempunyai hubungan sulit dengan suami orang. “Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok tapi buat masa sekarang masih belum ada,” katanya. Sebelum ini tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama. Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!