suria

Syamsul Yusof lega urusan mahkamah selesai, enggan kongsi sebab cerai Ira Kazar

Syamsul enggan memberi sebarang komen mengenai penceraiannya.

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai penceraiannya dengan bekas isteri, Ira Kazar pada pagi Khamis.

Bagaimanapun Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, meluahkan rasa syukur selepas urusan tersebut selesai dengan baik.

"Saya no komen. Alhamdulillah semua selesai. Tiada sebab nak kongsi. Saya tak mahu kongsi," katanya kepada mStar.

Copy of Untitled - 2024-09-05T115611.498

Syamsul berterima kasih kepada mereka yang ambil berat tentang dirinya.

Syamsul berkongsi perkara itu sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Pada pagi Khamis, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 14 Ogos lalu sehingga terjatuhnya talak.

Dalam masa sama, Syamsul sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang banyak memberikan kata-kata semangat terhadapnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali, Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar fail pengesahan lafaz taklik, ada kaitan dengan hantaran di media sosial

"Saya banyak terima mesej menerusi WhatsApp dan dalam media sosial (DM). Mereka doakan yang baik-baik, terima kasih, ujarnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain