ISTERI penerbit Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail masih meletakkan harapan agar semua ahli keluarga dapat bersatu semula. Malah Patimah memberi bayangan mereka akan berkumpul semula apabila berkongsi video himpunan foto sambutan hari raya bersama keluarga. "Insya-Allah kami akan berkumpul semula," katanya. Perkongsian Patimah di Instagram. Patimah berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Rabu berserta video slaid yang dimuat naik oleh menantunya. Video berkenaan memaparkan mereka sekeluarga berkumpul dan bergambar ketika Hari Raya Aidilfitri sejak 2014. Luahan ringkas Patimah itu juga seakan memberi gambaran anaknya iaitu Syamsul Yusof akan bersama mereka selepas sekian lama tidak pulang ke rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Mengalir air mata seorang ibu, Patimah sedih dugaan menimpa Syamsul Yusof ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusof Haslam ikut perkembangan Syamsul menerusi media, kasihan lihat hadir mahkamah seorang diri Patimah dan Yusof sebelum ini sudah beberapa kali memberitahu tidak berjumpa anaknya itu sejak beberapa tahun lalu. Malah dia dan suaminya juga turut meluahkan rasa sedih apabila hanya mampu melihat Syamsul berdepan isu rumah tangga seorang diri tanpa ditemani mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!