PELAKON Fattah Amin memberitahu dia masih menyayangi isterinya iaitu aktres Nur Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakkan rumah tangga mereka. Kata Fattah atau Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan penceraian dan hanya mengetahui perkara tersebut menerusi media sosial. "Sejujurnya saya hanya mengetahui mengenai permohonan penceraian difailkan terhadap saya melalui laman media sosial semata-mata, terutamanya setelah ia ditularkan. Fattah hanya mengetahui berita Fazura memfailkan cerai menerusi media sosial. "Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita tersebut. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Fazura dan ingin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidup saya seperti yang telah diperkatakan dan dihebohkan di laman-laman media sosial sehingga kini," katanya. Dalam pada itu, Fattah turut memohon tiada pihak lain mencampuri urusan rumah tangga mereka. Sebaliknya, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat perkahwinannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin, desas-desus keretakan rumah tangga benar ARTIKEL BERKAITAN: Fazura kongsi foto hitam putih bersama kata-kata hikmah selepas kecoh fail cerai terhadap Fattah "Saya dengan rendah diri memohon doa yang baik dan sokongan dari kalian semua agar mendoakan segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan. "Saya juga berharap tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini," ujarnya. Pada Jumaat, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah. Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan. Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik. Fattah mohon orang ramai tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka. Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja. Bukan itu sahaja, dia juga tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya. Untuk rekod, Fazura dan Fattah, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!