KEMELUT rumah tangga pelakon Fattah Amin dan Fazura bertambah hangat apabila seorang individu tampil mempertahankan wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan selebriti itu. Jelas individu yang mendakwa mengenali wanita berkenaan, Fattah tidak pernah berlaku curang dengan penata gaya hijab yang bekerja bersama Fazura dan apa yang tular di media sosial hanyalah fitnah semata-mata. Kata individu itu, dia kasihan melihat rakannya kerana menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara fitnah tersebut. "Saya sudah tahu tentang perkara ini sejak bulan lalu lagi (kemelut rumah tangga), penata gaya hijab yang disebut itu adalah bekas klien saya yang ingin memfailkan saman terhadap Fazura dan media. Individu berkenaan mendedahkan Fattah tidak berlaku curang. "Dia menerima terlalu banyak komen kecaman dan fitnah terhadap kenyataan wartawan yang 'dibayar' bahawa dia seorang penyondol. "Dia sekarang pun sudah ada pengganti sejak bercerai, saya memang kesian dekat dia ya," katanya tanpa menyebut media mana yang dibayar itu. Posting individu itu mengenai hubungan pasangan berkenaan turut tersebar di media sosial X (Twitter). Dalam pada itu, wanita berkenaan memohon agar orang ramai tidak lagi melemparkan kecaman terhadap rakannya itu kerana wanita berkenaan tidak terlibat dalam konflik rumah tangga melibatkan Fattah dan Fazura. Tegas individu itu lagi, rakannya sudah menganggap Fattah dan Fazura sebagai keluarga dan turut sama menjaga anak mereka iaitu Fatima. ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin masih sayang Fazura, tiada wanita lain... Terkejut isteri fail cerai ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena #Fattzura, kecoh nikah senyap-senyap... Ini 10 momen perjalanan cinta Fattah dan Fazura "Saya harap netizen jangan lagi menganggunya. Dia seorang ibu tunggal. Bukan dia yang sondol Fattah dan Fattah tak pernah curang langsung dengan orang yang disebut. "Mereka sudah seperti keluarga sebab kawan saya juga ada menjaga Fatima (anak Fattah dan Fazura). Fattah lagi kesian dalam kisah ini," ujarnya. Pada Jumaat, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor. Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita tindakan isterinya kerana hanya mengetahui perkara tersebut menerusi media sosial. Kata Fattah, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakkan rumah tangga mereka. Rumah tangga Fazura dan Fattah kini sedang bergolak. Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik. Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja. Untuk rekod, Fazura dan Fattah, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!